Terkejut banyak ikan sungai mati
Iklan
x-default
HULU BERNAM - Beberapa pemancing terkejut dan kecewa apabila melihat ratusan ikan mati dan terapung di lokasi memancing di Sungai Kampung Keliang, di sini pagi kelmarin.
Ikan lampan dan baung antara spesis ikan yang paling banyak ditemui mati dengan bau busuk di sepanjang sungai.
Iklan
Iklan
Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Keliang, Roslin Md Zin berkata, kejadian tersebut merupakan kali kedua berlaku pada tahun ini membabitkan ratusan ikan pelbagai jenis dan saiz.
Menurutnya, pencemaran sungai dipercayai berpunca daripada pelepasan cecair sisa tinja reban ayam di hulu sungai.
Iklan
"Sungai Bernam menjadi tumpuan kaki pancing. Bila banyak ikan mati, kita tahu puncanya dari reban ayam yang mana air basuhan mencuci reban akan mengalir keluar ke sungai.
"Bukan sahaja ikan yang mati tapi ia turut memusnahkan tempat pembiakan ikan selain pencemaran sungai mengambil masa lama untuk pulih,"katanya.
Iklan
Roslin berkata, kejadian sering berulang itu mengganggu ekosistem sungai dan mengurangkan populasi ikan yang menjadi sumber pencarian golongan nelayan.
Menurutnya, meskipun tidak membuat aduan rasmi kepada pihak berwajib namun tindakan segera perlu diambil bagi mengatasi isu pencemaran tersebut.
"Saya tidak rasa ikan mati ini disebabkan perbuatan menuba kerana kejadian sebegini pernah berlaku akibat pencemaran sisi tinja reban ayam," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Pelantikan 4,101 penolong amil Selangor kini digital"><meta itemprop="description" content="Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) melaksanakan sepenuhnya proses pendaftaran dan pelantikan penolong amil secara digital bagi sesi 2027 hingga 2030 menerusi Sistem Pendaftaran Penolong Amil yang membabitkan semua masjid di negeri ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Selangor, Mohd Khaidzir Shahari berkata, sistem baharu itu diperkenalkan bagi memperkemas urusan pelantikan membabitkan tiga kategori iaitu Penolong Amil Kariah, Penolong Amil Fitrah dan Penolong Amil Komuniti.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806492/edisi/selangor-kl/pelantikan-4101-penolong-amil-selangor-kini-digital
Muzik: Win At Your Back dari soundstripe.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #LembagaZakatSelangor #PenolongAmil #Masjid"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-28T10:59:13.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/hKhdk1h2hG2HdSwNw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P161S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0qqr2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0qqr2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0qqr2"></script>