TUDM bersedia bantu operasi SAR di Batang Kali
Iklan
Mohd Asghar Khan (kanan) menyampaikan Piala Panglima Tentera Udara (Pelatih Terbaik Keseluruhan Sayap Kaku) dan kepada Leftenan Mubin Mustaza Iskandar (kiri) pada Upacara Perbarisan Penyampaian Sayap bagi Kursus Asas Penerbangan Siri 83/21 dan Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 63/21 di Kolej Tentera Udara, di Alor Setar, pada Sabtu.
ALOR SETAR - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersedia untuk menghantar bantuan ketenteraan sekiranya diperlukan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali, Selangor.
Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan berkata, anggota dan aset TUDM bersiap sedia dikerah untuk menyertai operasi SAR itu bersama agensi terlibat di lokasi tanah runtuh terbabit.
Iklan
Iklan
Beliau menjelaskan, operasi SAR di Batang Kali, Selangor terbabit diambil alih Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan agensi-agensi lain.
"Jadi untuk pihak TUDM, kita sentiasa bersedia sekiranya diperlukan. Untuk TUDM, misalnya bantuan dari segi aset sekiranya ada keperluan untuk mengeluarkan (mangsa) dalam keadaan susah kita sudah bersedia.
Iklan
Beliau ditemui pemberita pada sidang media selepas Upacara Perbarisan Penyampaian Sayap bagi Kursus Asas Penerbangan Siri 83/21 dan Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 63/21 di Kolej Tentera Udara, di sini, pada Sabtu.
Beliau berkata demikian mengulas tentang tragedi tanah runtuh di lokasi perkhemahan di Batang Kali yang telah meragut 21 nyawa, manakala 12 lagi dikhuatiri tertimbus di kawasan itu.
Iklan
Dalam perkembangan lain, Mohd Asghar Khan menyatakan, ketika ini anggota TUDM dan aset pasukan terbabit juga bersiap siaga dengan berada lokasi tertentu dan bersedia untuk membantu sekiranya diperlukan untuk operasi banjir di seluruh negara sepanjang musim tengkujuh.
"Secara keseluruhannya untuk operasi banjir ini kita namakan Op Murni (Operasi Murni) yang diterajui oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," katanya.
Beliau menjelaskan, pihak TUDM akan memberi bantuan atau sokongan kepada keperluan jadi di tiap-tiap kawasan di bawah Briged Tentera Darat, malah ada komander yang sudah ditugaskan bersama agensi bencana negeri.
"Jadi, sekiranya berlaku apa-apa malapetaka, kita boleh bertindak segera," katanya.
Sebelum itu, seramai 30 pelatih terdiri menerima sayap penerbangan masing-masing iaitu 23 pelatih juruterbang pesawat sayap kaku dan tujuh lagi pelatih juruterbang helikopter.
Lima pelatih turut dianugerahkan sebagai Pelatih Terbaik bagi Piala Panglima Tentera Udara iaitu mengikut kategori pelatih terbaik keseluruhan sayap kaku, pelatih terbaik keseluruhan sayap putar, pelatih terbaik akademik, pelatih terbaik penerbangan sayap kaku dan pelatih terbaik penerbangan sayap putar.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.