Negeri Sembilan belum haramkan beg plastik
Iklan
Teo Kok Seong menyampaikan Hadiah kepada pemennagprogram Blueprint
SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan memilih untuk terus mengambil pendekatan mendidik masyarakat berhubung kempen tanpa beg plastik dalam urusan membeli belah berbanding mengambil tindakan lebih drastik.
Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru negeri, Teo Kok Seong berpendapat, masyarakat perlu diberi tempoh yang munasabah untuk mereka membiasakan diri dengan amalan sifar beg plastik.
Iklan
Iklan
"Sememangnya kita ada perancangan untuk menjadikan Negeri Sembilan sifar beg plastik dan Majlis Bandaraya Seremban pun telah pun membuat promosi mengenai itu.
"Tapi setakat ini kita lebih fokus memberi galakan daripada mengambil tindakan drastik dan undang-undang. Bagi saya kita perlu bersikap lebih adil kepada masyarakat," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika ditemui Pada Majlis Apresiasi Blueprint Negeri Sembilan Bersih-SWcorp Bersamamu #NogorikuRumahku dan My Inspark Negeri Sembilan pada Jumaat
Teo Kok Seong (tengah) bersama barisan pemenanv program Blueprint
Menurutnya, kebanyakan pasar raya di negeri ini telah pun melaksanakan promosi kempen tanpa beg plastik dan pelanggan yang mahu beg plastik akan dikenakan caj.
Iklan
Selain itu beliau menggalakkan semua kawasan perumahan mengambil bahagian dalam menjayakan program kitar semula.
"Saya rasa kebanyakan taman perumahan dan kampung-kampung di negeri ini telah pun ambil bahagian dan kesannya saya difahamkan sampah yang dihantar ke pusat pelupusan sisa pepejal menunjukkan pengurangan.
"Penting untuk masyarakat mengamalkan kitar semula dan ia perlu diperluaskan serta diperkasakan," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tukang kebun baru dua bulan bekerja jumpa gelang emas RM15,000"><meta itemprop="description" content="Tukang kebun baru dua bulan bekerja jumpa gelang emas RM15,000
Kejujuran seorang tukang kebun di Muzium Samudera, Banda Hilir di Melaka tidak rambang mata apabila memulangkan seutas gelang emas yang dianggarkan bernilai RM15,000, Ahad lalu wajar dipuji, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Tengku Anddy Asmawi Tengku Ahamad, 28, yang baru dua bulan bekerja di muzium berkenaan tidak berfikir panjang dan terus menyerahkan gelang seberat 25 gram itu kepada kakitangan muzium.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795651/edisi/melaka-ns/baru-dua-bulan-bekerja-tukang-kebun-pulangkan-gelang-emas-rm15000
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #jumpagelangemas #nilaimurni #inspirasi"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-10T06:00:24.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P147S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb6ebv2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb6ebv2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb6ebv2"></script>