Tanah runtuh: Dua maut, 51 masih belum ditemui

Iklan

BERITA SEMASA 16 DISEMBER 2022

Dua dilaporkan meninggal dunia manakala 51 lagi masih belum ditemui dalam tragedi tanah runtuh di Father Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian tanah runtuh itu pada jam 2.24 pagi.

Dilaporkan, kejadian tersebut telah berlaku di tepi jalan berhampiran Father Organic Farm dan telah menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan dengan jalan tersebut.

Iklan

Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan sebesar tiga ekar.

Artikel: https://bit.ly/3YtolR7

Iklan

Sumber: Jabatan Bomba & Penyelamat/Bernama/Bomba Selangor/APM Selangor

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #tanahruntuh #BatangKali