JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di Johor semakin berkurangan setakat jam 4 petang Khamis apabila seramai 91 mangsa daripada 24 keluarga ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) yang melibatkan dua daerah.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan memberitahu, pengurangan mangsa banjir itu selepas 84 orang melibatkan 25 keluarga dari Kampung Baru Sungai Mas dan Taman Desaru Utama, Bandar Penawar di Kota Tinggi dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.