[VIDEO] Kerajaan tamatkan khidmat lantikan politik

Iklan
Putra Perdana

SHAH ALAM - Jemaah Menteri pada Rabu telah memutuskan pengerusi dan ahli lembaga pengarah lantikan politik ditamatkan perkhidmatan dengan serta-merta.

Perkara itu turut disahkan oleh seorang sumber kepada Sinar Harian selepas tularnya surat tentang penamatan perkhidmatan membabitkan lantikan politik di media sosial.

Iklan
Iklan

Menerusi surat berkenaan, penamatan itu membabitkan jawatan bagi badan berkanun persekutuan, syarikat menteri kewangan (diperbadankan), syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).

Surat itu ditandatangani Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan ditujukan kepada Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian.

Iklan

Ia turut meminta kerjasama semua Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan untuk melaksanakan perkara tersebut.

Ini bukan kali pertama pertukaran pentadbiran Persekutuan mengambil tindakan berkenaan apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2018 menamatkan khidmat pegawai kontrak melalui lantikan politik.

Iklan

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu berkata, langkah itu diambil bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan berikutan terlalu banyak pembaziran semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.