Penghantaran 20 APC kegunaan Malbatt selesai tahun depan

Iklan
Kementerian Pertahanan Malaysia (Mindef) menafikan kenyataan tular mendakwa berlaku kelewatan penghantaran bagi perolehan 20 buah kenderaan tempur berperisai (APC) kegunaan Malaysia Battalion (Malbatt) 850. - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan Malaysia (Mindef) menafikan kenyataan tular mendakwa berlaku kelewatan penghantaran bagi perolehan 20 buah kenderaan tempur berperisai (APC) kegunaan Malaysia Battalion (Malbatt) 850.

Mindef dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, kontrak pembekalan APC berkenaan telah dimeterai oleh kerajaan pada 21 Disember 2021 lalu bagi kegunaan Malbatt 850 yang dikerahkan ke Lubnan.

Iklan
Iklan

"Mindef mengambil maklum berkaitan laporan akhbar bertarikh 14 Disember yang memetik akaun Twitter bernama Malaysia Defence Review berhubung kelewatan penghantaran 20 buah APC berkenaan.

Bagaimanapun, Mindef menafikan dakwaan berkenaan dan menyatakan bahawa kontraktor yang dilantik bagi perolehan APC berkenaan akan melengkapkan sepenuhnya penghantaran pada suku keempat tahun 2023.

Iklan

Sebelum itu, Mindef dilapor telah menandatangani 54 perjanjian bernilai RM4.6 billion menerusi Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2022 dan Pameran Perkhidmatan Keselamatan Antarabangsa (NATSEC) 2022 di ibu negara 30 Mac lalu.

Menteri Kanan Pertahanan ketika itu turut mengumumkan perolehan 20 buah APC berkenaan sebagai aset terbaharu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk kegunaan Malbatt 850 di Lubnan.

Iklan