Belum ada kesimpulan kematian bayi dalam bas

Iklan
Dr Noor Hisham Abdullah

KUCHING - Kementerian Kesihatan masih belum dapat membuat sebarang kesimpulan terhadap kes melibatkan seorang bayi tiga bulan yang meninggal dunia ketika dalam perjalanan menaiki bas bersama ibunya dari Kuching ke Sarikei yang mengambil masa enam jam, baru-baru ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya perlu berjumpa dengan ibu bapa pesakit terlebih dahulu untuk mendapatkan sejarah perubatan lengkap bayi berkenaan bagi meneruskan siasatan lanjut.

Iklan
Iklan

"Kami belum dapat mencari (ibu bapa) pesakit, JKNS (Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak) sedang menyiasat kes ini untuk mendapatkan butiran (lengkap) sebelum kami boleh membuat apa-apa kesimpulan,” katanya kepada pemberita di luar acara 2022 Academy for Silent Mentor (AFSM) Tripartite Conference di sini pada Rabu.

Pada 9 Disember lepas, JKNS mengeluarkan kenyataan mengenai kes bayi itu yang meninggal dunia di dalam bas ketika dalam perjalanan bersama ibunya dari Kuching ke Sarikei pada 4 Disember, yang tular dalam media sosial keesokannya.

Iklan

Menerusi kenyataan itu, ibu terbabit menyedari bayinya tidak bernafas ketika bas berhenti di terminal bas Jelukong, Sri Aman, kira-kira 208 kilometer (km) dari sini dan bayi itu segera dibawa ke Hospital Betong, sejauh kira-kira 28km, dan disahkan meninggal dunia di hospital itu.

Pemeriksaan fizikal dan radiologi dilakukan, namun bedah siasat tidak dilakukan ke atas bayi itu selepas perbincangan dibuat antara pihak hospital, polis dan ahli keluarga.

Iklan

Mayat bayi itu kemudian dibawa pulang oleh pihak keluarganya dan disemadikan di perkuburan rumah panjang di Ulu Pakan, Sarikei. - Bernama