Briged Wirawan UMKVengers bantu mangsa banjir urus emosi

Iklan
Pengamal media dan warga UMK pada Malam Media UMK di Kota Bharu.

Akan bergerak ke negeri-negeri yang terjejas

KOTA BHARU - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui 500 sukarelawan Misi Bantuan Banjir akan turut membantu mangsa menerusi kaunseling bagi mengurus tekanan emosi dengan baik.

Naib Canselor UMK Profesor, Datuk Dr Razli Che Razak berkata, sukarelawan Briged Wirawan UMKVengers itu akan bergerak ke negeri-negeri yang terjejas banjir dengan bantuan daripada agensi berkaitan seperti polis serta bomba.

Iklan
Iklan

"Mangsa banjir akan mengalami tekanan emosi kerana kemusnahan harta benda yang besar akibat bencana banjir.

"Selain pemeriksaan dan rawatan kesihatan, mereka akan dibantu melalui kaunseling untuk menguruskan tekanan itu dengan baik,” katanya ketika ditemui pada Malam Media UMK, di sini, pada Selasa.

Iklan

Turut hadir, Presiden Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi), Majidah Ismail dan lebih 30 pengamal media di negeri ini.

Dr Razli berkata, sukarelawan tersebut ditubuhkan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi sebagai salah satu teras kementerian itu supaya universiti sentiasa bersama dengan komuniti.

Iklan

"Sukarelawan ini pernah membantu mangsa banjir di Terengganu, Kedah dan Pahang pada tahun lalu,” katanya.

Menurut beliau, penuntut terlibat mengikuti aktiviti kokurikulum badan beruniform di UMK dan dilatih serta diberi tunjuk ajar dalam menghadapi sebarang bencana alam.

"Misi tidak tertumpu kepada bencana di Kelantan sahaja.

"Mereka bergerak aktif memberi bantuan di luar kawasan di negeri-negeri terjejas banjir,” katanya.