Penamatan perkhidmatan KPPA ikut prosedur ditetapkan

Iklan
Isham menegaskan penamatan perkhidmatan KPPA dilaksanakan dengan penuh tertib dan berlandaskan peraturan yang ditetapkan bagi menjamin kebajikan penjawat awam.

SHAH ALAM - Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) menegaskan, penamatan perkhidmatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah adalah berdasarkan saringan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

Presidennya, Datuk Isham Ishak berkata, meskipun memberi impak kepada persatuan tersebut, namun ia telah dilaksanakan dengan penuh tertib dan berlandaskan peraturan yang ditetapkan bagi menjamin kebajikan penjawat awam.

Iklan
Iklan

"Jawatan KPPA adalah merupakan satu jawatan yang sangat penting dan kritikal kepada sistem pentadbiran kerajaan.

"Semua ahli PPTD diminta untuk terus kekal profesional dan menyokong penuh keputusan-keputusan yang telah diambil kerana ketetapan dan peraturan yang diambil adalah bagi menjaga kredibiliti serta integriti perkhidmatan awam,” kata beliau dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Sebelum ini, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali mengesahkan penamatan perkhidmatan Mohd Shafiq sebagai KPPA berkuat kuasa pada Isnin.

Jelas beliau, keputusan itu diambil setelah melalui semua prosedur bagi Penamatan Demi Kepentingan Awam (PDKA) dan telah diteliti keteraturannya oleh AGC.

Iklan

Sementara itu, Isham menambah, sebarang kenyataan rasmi PPTD hanya dikeluarkan menerusi salurannya.

Jelasnyam, PPTD tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen yang dikeluarkan bukan daripada siaran rasmi persatuan berkenaan.

"Mana-mana komen selain siaran media yang dikeluarkan oleh PPTD bukanlah komen daripada PPTD tetapi adalah komen persendirian.

"PPTD serta ahli-ahlinya akan terus komited untuk menyokong Kerajaan Perpaduan yang telah dilantik bagi memastikan agenda pembangunan semula ekonomi negara dan kesinambungan sistem pentadbiran negara terus diperkukuhkan dan dimantapkan,” kata beliau.