Warisan Sabah kukuh, tiada ADUN 'melompat' - Mohd Shafie

Iklan
Mohd Shafie bersama barisan ADUN dan Ahli Majlis Tertinggi Warisan selepas mesyuarat di Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Parti Warisan (Warisan) menegaskan bahawa parti itu kekal kukuh dengan sokongan daripada 19 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, satu mesyuarat telah diadakan pada Selasa yang turut dihadiri oleh ADUN parti itu.

Iklan
Iklan

"Parti Warisan kekal utuh dan dakwaan kononnya ada ADUN yang melompat parti adalah tidak benar.

Katanya lagi, kesemua ADUN Warisan juga telah mengulangi kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada parti.

Iklan

"Ahli Majlis Tertinggi dan wakil rakyat Warisan juga telah sebulat suara menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri," katanya.

Sinar Harian sebelum itu melaporkan ADUN Darau, Azhar Matussin tampil menafikan dakwaan bahawa beliau bersama enam lagi ADUN meninggalkan Warisan.

Iklan

Beliau turut memaklumkan bahawa tidak pernah menandatangani sebarang dokumen surat akuan bersumpah (SD) untuk bertukar parti dan menganggap dakwaan itu hanya sekadar mainan politik yang sengaja untuk menimbulkan isu bagi mengelirukan rakyat di akar umbi.