Amaran ribut petir di Terengganu, Pahang dan Johor

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Terengganu, Pahang dan Johor sehingga jam 2 petang ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Terengganu, Pahang dan Johor sehingga jam 2 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Terengganu, dijangka berlaku di Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Iklan
Iklan

Di Pahang melibatkan Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin, manakala di Johor, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Segamat dan Mersing. - Bernama

Iklan
Iklan