Wanita nyaris dirogol di taman riadah

Iklan
Lakaran wajah suspek yang kini sedang dicari pihak polis. - Foto PDRM

TEMERLOH - Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes cubaan merogol seorang wanita di kawasan laluan pejalan kaki di Taman Tasik Kubang Gajah di sini pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa berusia 27 tahun selesai membuat senaman di kawasan tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tiba-tiba mangsa didatangi seorang lelaki yang memakai pelitup muka dan cuba melakukan rogol terhadap mangsa.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan rogol," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Mohd Azhar berkata, hasil siasatan, polis berjaya menimbulkan lakaran suspek yang dipercayai berumur awal 30-an dengan ketinggian kira-kira 170 sentimeter dan berkulit gelap.

Tambah beliau, lakaran gambar ini telah dibuat hebahan umum bagi membantu siasatan polis.

Iklan

Dalam pada itu, beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati semasa menjalankan aktiviti riadah terutamanya di tempat sunyi selepas lewat petang dan melakukan aktiviti tersebut secara berkumpulan untuk mengelakkan kejadian itu berlaku.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian ini segera menghubungi talian 09-2716222 atau emel kpdtemerloh@rmp.gov.my dan mana-mana balai polis berhampiran," jelas beliau.