Hadiahkan anak keldai semasa majlis perkahwinan

Iklan
Azlan (kiri) memegang seekor keldai yang dihadiahkan kepada isterinya. - Foto Agensi

ISLAMABAD - Seorang YouTuber Pakistan menarik perhatian netizen apabila menghadiahkan seekor anak keldai kepada isterinya semasa majlis perkahwinan mereka.

Azlan Shah dari Karachi menghadiahkan haiwan itu kepada isterinya, Dr Warisha yang merupakan pempengaruh di media sosial.

Iklan
Iklan

Azlan berkata, dia tahu isterinya amat menyayangi anak keldai dan sebab itu dia menghadiahkan haiwan tersebut sempena majlis perkahwinan mereka.

Dalam video itu, Azlan menyatayakan 'Persoalannya ialah mengapa keldai dijadikan hadiah? Jadi jawapannya ialah anda (pengantin) menyukainya dan kedua anda paling rajin dan penyayang'.

Iklan

Sementara itu, isterinya berkata 'Saya akan tidak membiarkan awak kekal sebagai seekor keldai' manakala Azlan membalas ' Saya sayang haiwan dan pemberian ini sebagai tanda sayang kepada Warisha'.

Video tersebut menjadi tular di media sosial dan orang ramai memberi tindak balas positif dengan pasangan itu. - Agensi

Iklan