[VIDEO] Ulang-alik dayung bot bantu mangsa banjir pindah
Iklan
Che Harun mendayung bot fiber bagi membantu mangsa banjir berpindah ke PPS.
PASIR MAS - Usia tidak menjadi halangan seorang pesawah membantu usaha memindahkan mangsa banjir di Kampung Teresek di sini sejak Jumaat lalu.
Che Harun Awang, 65, berasa terpanggil untuk membantu penduduk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) kerana lebih mahir dengan selok-belok kawasan sekitar.
Iklan
Iklan
"Saya lakukan secara percuma bagi membantu mereka yang dalam kesusahan,” katanya ketika ditemui di Kampung Teresek, di sini, pada Isnin.
Che Harun (kiri) yang menunjukkan kawasan banjir kepada Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah (kanan).
Menurut bapa lapan anak itu, rumahnya sendiri ditenggelami banjir setinggi 0.8 meter dan berpindah di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kiambang sejak Jumaat lalu.
Iklan
Che Harun turut bersedih apabila terpaksa berpindah sebanyak tiga kali tahun ini pada Februari, November dan terbaharu pada bulan ini.
"Tahun-tahun lalu, saya sekeluarga hanya perlu pindah dua kali banjir sahaja tapi kali ini mungkin lebih tiga kali.
Iklan
"Lebih teruk pada Februari lalu menyebabkan saya kerugian ribuan ringgit kerana padi seluas 1.2 hektar musnah belum sempat dituai,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Van sekolah operasi tanpa permit, insurans serta daif kaut untung RM10,000 sebulan"><meta itemprop="description" content="Pemilik van persendirian dipercayai mengaut keuntungan sehingga RM10,000 sebulan dengan mengendalikan perkhidmatan van sekolah secara haram tanpa permit dan perlindungan insurans, selain menggunakan kenderaan yang berada dalam keadaan daif sehingga boleh membahayakan keselamatan pelajar.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, pengusaha terbabit turut didapati membawa pelajar secara berhimpit-himpit sehingga melebihi kapasiti yang dibenarkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803951/edisi/kelantan/van-sekolah-operasi-tanpa-permit-insurans-serta-daif-kaut-untung-rm10000-sebulan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #VanSekolah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T07:07:33.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P173S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvdxoq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvdxoq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvdxoq"></script>