Covid -19: 866 kes baharu, 10 kematian
Iklan
SHAH ALAM - Sebanyak 866 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad dengan satu daripadanya merupakan kes import.
Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, sebanyak 10 kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan, dua daripadanya adalah kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).