'Sayu dengar permintaan cucu'
Iklan
Nur Aisyah Umairah dan Mohamad Hakimi Amsyar jadi yatim piatu selepas ibu bapa dan adik lelaki mereka terkorban dalam nahas dua kereta di Jalan Kampung Koh-Pantai Remis berhampiran Jambatan Raja Permaisuri Bainun dekat Sitiawan pada malam Sabtu. - Foto pembaca (Gambar kecil: Ropitah)
MANJUNG -"Ibu dah meninggal, nanti opah tolong jaga kakak dan abang boleh."
Pertanyaan itu meruntun hati Ropitah Din, 53, nenek kepada Nur Aisyah Umairah, 6, dan Mohamad Hakimi Amsyar, 4, yang terselamat dalam nahas mengorbankan tiga nyawa di Jalan Kampung Koh-Pantai Remis berhampiran Jambatan Raja Permaisuri Bainun dekat Sitiawan, pada malam Sabtu.
Iklan
Iklan
Nahas sekitar jam 11 malam itu menjadikan dua beradik berkenaan yatim piatu sekelip mata apabila kedua ibu bapa mereka, Mohamad Adam Che Embi, 33, Nur Hamizza Hamdan, 32, serta adik lelaki, Mohamad Aisy Hakim, 2, terkorban.
Nur Aisyah Umairah dan Mohamad Hakimi Amsyar yang terselamat dalam kejadian itu mengalami cedera di dada dan dahi kini menerima rawatan lanjut di Hospital Seri Manjung.
Iklan
Ropitah yang merupakan ibu kepada Nur Hamizza berkata, dua cucunya itu berada dalam keadaan sedar dan stabil setelah menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
"Tetapi tak sangka pula kakak (Nur Aisyah Umairah) mengetahui yang ibunya sudah tiada. Dia tahu yang ibunya meninggal ketika masih di lokasi kejadian lagi.
Iklan
"Sebab itu dia minta saya jaga dia dan adiknya, dia nak duduk dengan saya dan minta saya sekolahkan dia di sekolah lama ibunya," katanya ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Seri Manjung di sini pada Ahad.
Menurutnya, sebagai nenek, permintaan supaya dapat menjaga mereka membuat hatinya sayu, seolah-olah mereka sudah mengetahui perjalanan yang bakal ditempuh tanpa kehadiran kedua ibu bapa di sisi.
"Sudah tentu saya akan jaga mereka, sejak kecil lagi kami rapat dan mereka pun memang selalu balik kampung," katanya.
Gambar kenangan Mohamad Adam bersama isteri, Nur Hamizza dan anak lelaki mereka, Mohamad Aisy Hakim yang terkorban dalam nahas dua kereta di Jalan Kampung Koh-Pantai Remis berhampiran Jambatan Raja Permaisuri Bainun dekat Sitiawan pada malam Sabtu. - Foto pembaca
Nahas berlaku selepas kereta jenis Proton Saga dinaiki lima beranak itu bertembung dengan sebuah kereta jenis Chevrolet Captiva dipandu seorang wanita dari arah bertentangan.
Kejadian mengakibatkan pasangan suami isteri berkenaan bersama anak bongsu mereka maut di tempat kejadian manakala pemandu Chevrolet berusia 21 tahun mengalami patah kaki.
Ropitah berkata, sebelum kejadian, anak, menantu dan cucunya singgah di rumahnya di Pengkalan Bharu, Pantai Remis.
Katanya, menantunya, Mohamad Adam yang bekerja sebagai juruteknik Tenaga Nsional Berhad (TNB) Jana Manjung juga sempat singgah di rumah ibunya di Kampung Permatang Acheh (Pantai Remis).
"Mereka nampak biasa sahaja, tiada apa-apa perubahan, sebelum balik mereka ada mohon maaf dan Adam minta doakan dia berjaya kerana ada temu duga untuk kenaikan pangkat pada Rabu depan," katanya.
Sementara itu, kakak sulung Mohamad Adam, Salmirawati Che Embi, 46, berkata, ibu mereka masih terkejut dengan kejadian itu.
"Mula dapat berita kami tak percaya kerana baru sahaja berjumpa, tetapi apabila sudah dapat pengesahan daripada polis, barulah kami dapat terima berita ini.
"Mak masih dalam keadaan lemah kerana terkejut dengan pemergian adik dan keluarga," katanya.
Ketiga-tiga jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Pengkalan Bharu selepas solat Zuhur.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan," katanya.
BERITA SEMASA 28 APRIL 2024
Exco Pendidikan Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif akan mendapatkan penjelasan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) berhubung isu tular yang mendakwa pihak kantin menjual makanan tidak bersih di sebuah sekolah menengah di sini baru-baru ini, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Diminta mengulas lanjut, Mohd Arifin menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap isu terbabit.
Dalam pada itu, JPNS turut diminta memastikan pengusaha kantin atau pemegang tender membekalkan makanan di asrama mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam penyediaan makanan kepada murid atau pelajar di sekolah masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661794/berita/semasa/jpns-diminta-beri-penjelasan-kantin-sekolah-jual-makanan-tidak-bersih
Muzik: Elevate dari www.bensound.com