Kelulusan segera pekerja asing kurangkan kesukaran perniagaan
Iklan
- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Tindakan segera dalam membawa 373,459 pekerja asing masuk ke negara ini melalui Visa Secara Rujukan berdasarkan permohonan majikan sejak Januari hingga 4 Disember lepas telah meringankan kesukaran yang dihadapi oleh banyak perusahaan dalam operasi harian dan keperluan perniagaan mereka.
Jumlah itu adalah sebahagian daripada keseluruhan 403,869 permohonan yang diterima oleh Jabatan Imigresen.
Iklan
Iklan
Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, jaminan yang diberikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bahawa baki 30,410 permohonan majikan untuk pekerja asing akan diproses dan dipertimbangkan bagi kelulusan dalam tempoh tujuh hari bekerja adalah amat meyakinkan.
"MEF amat menghargai kesediaan Menteri berkenaan dalam berkongsi butiran data mengenai jumlah semasa pekerja asing di negara ini kerana data tersebut akan membantu pihak berkepentingan membuat penilaian sewajarnya mengenai angka tambahan pekerja asing yang diperlukan oleh industri masing-masing," katanya.
Iklan
Sehingga November 2022, terdapat 1,391,624 pekerja asing di Pusat Khidmat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).
Agihan mengikut sektor, antaranya ialah pembuatan (510,507), pembinaan (308,886), perladangan (160,728), perkhidmatan (208,425), pertanian (110,598), pekerja domestik asing (92,338) dan perlombongan/pengkuarian (142). - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>