SHAH ALAM - Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Selangor bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana parti politik lain bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan tahun depan.
Ketuanya, Harumaini Omar berkata, hasrat itu supaya pembentukan kerajaan negeri kelak lebih seimbang, stabil dan progresif dengan mengutamakan agenda rakyat berbanding kepentingan politik kepartian.