Wan Junaidi tamat zaman duda, bakal bersanding malam ini

Iklan
Tular gambar perkahwinan Wan Junaidi dan pasangan selepas akad nikah yang dipercayai berlangsung baru-baru ini. - Foto ihsan pembaca

SHAH ALAM - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilaporkan telah menamatkan zaman dudanya dan akan mengadakan majlis persandingan pada malam Sabtu.

Memetik laporan Astro Awani, Wan Junaidi bakal disandingkan di atas pelamin dengan wanita pilihan, Datin Seri Fauziah Mohd Sanusi pada satu majlis di sebuah hotel terkemuka di ibu negara sekitar jam 7.30 malam.

Iklan
Iklan

Tetamu yang dijangka hadir ialah beberapa pemimpin kanan negara termasuk Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sebelum ini tular gambar perkahwinan pasangan mempelai itu selepas akad nikah yang dipercayai berlangsung baru-baru ini.

Iklan

Ia merupakan perkahwinan kedua Wan Junaidi selepas kematian isterinya, Datin Seri Norjanah Feona Sim Abdullah pada 27 Mei lalu.

Pada perkahwinan terdahulu, Wan Junaidi dikurniakan dengan tiga cahaya mata perempuan.

Iklan

Wan Junaidi, 77, membuat keputusan untuk tidak bertanding di Parlimen Santubong pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Nancy Shukri.