Tite undur diri

Iklan
Tite

TITE telah meletakkan jawatan selaku pengendali pasukan Brazil selepas pasukannya itu tewas kepada Croatia menerusi penentuan sepakan penalti pada saingan suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 pada Sabtu.

Menurutnya, masanya bersama pasukan Selecao itu sudah berakhir sekali gus mengulangi hasrat untuk mengundurkan diri seperti yang disuarakan pada Februari lalu.

Iklan
Iklan

"Ia sesuatu yang sangat sukar, tetapi masanya sudah tiba kepada penghujung saya bersama Brazil. Saya telah menyatakan hasrat saya ini sejak (lebih) setengah tahun lalu.

Pengendali berusia 61 tahun itu sudah bersama Brazil sejak 2016 dan telah menyatakan hasrat untuk berundur selepas saingan Piala Dunia Qatar 2022.

Iklan

Dalam perlawanan suku akhir di Stadium Education City, Doha itu, Brazil tewas kepada Croatia menerusi penentuan penalti 2-4 selepas perlawanan terikat 1-1 tamat masa tambahan.

Bintang sensasi Brazil, Neymar terlebih dahulu meletakkan Brazil di depan sebelum separuh masa pertama masa tambahan berakhir sebelum Bruno Petkovic menyamakan kedudukan tiga minit sebelum perlawanan tamat untuk mengheret perlawanan ke penentuan penalti.

Iklan

Rodrygo dan Marquinhos gagal menyempurnakan penalti untuk Brazil, manakala Croatia cemerlang menyudahkan kesemua sepakan penalti untuk mengesahkan kemaraan ke separuh akhir.

Dalam pada itu, Tite menjelaskan dia tidak mampu memberikan penilaian terhadap dirinya sendiri sepanjang bergelar jurulatih Brazil.

"Saya memerlukan masa untuk menjawabnya dengan lebih baik.

"Saya tidak berada dalam posisi untuk menilai semua kerja yang sudah dilakukan, tetapi selepas masa berlalu anda boleh melakukan penilaian itu. Saya tidak berhak untuk melakukannya sekarang selepas kami disingkirkan," katanya.