Ismail Sabri, Mahdzir tak hadir mesyuarat MKT UMNO

Iklan
Mohamed Khaled Nordin

KUALA LUMPUR - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan dua Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri dan Datuk Seri Mahdzir Khalid tidak hadir ke Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini.

Mohamed Khaled memberitahu, kedua-dua pemimpin parti itu memohon maaf kerana tidak dapat menghadiri mesyuarat di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) kerana perlu menghadiri majlis lain.

Iklan
Iklan

"Mereka mohon maaf kerana perlu ke majlis lain," katanya selepas menghadiri mesyuarat tersebut.

Mesyuarat MKT UMNO tamat pada jam 11 malam.

Iklan

Ia merupakan mesyuarat pertama selepas enam ahli parti itu dilantik menganggotai Jemaah Menteri dalam Kerajaan Perpaduan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Antara ahli parti itu ialah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohamad Hassan, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Iklan