[VIDEO] Sesuai jalankan PRN secara serentak: SPR
Iklan
Gambar kecil: Abdul Ghani
KULIM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpendapat Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan perlu dijalankan serentak seperti yang dicadangkan beberapa pihak sebelum ini.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, langkah itu bagi memudahkan urusan SPR termasuk penyelarasan petugas dalam memastikan proses pemilihan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di enam negeri itu berjalan lancar.
Iklan
Iklan
"Kalau tanya pandangan kita, sebolehnya keenam-enam negeri ini dijalankan serentak untuk memudahkan urusan kita...Itu yang terbaik," katanya pada sidang akhbar selepas selesai melakukan tinjauan proses penjumlahan undi dan pengumuman pemenang bagi kerusi Parlimen Padang Serai pada Rabu.
Beliau berkata demikan ketika diminta mengulas mengenai cadangan beberapa pemimpin negeri untuk mengadakan pilihan raya negeri secara serentak.
Iklan
Ditanya bilakah masa yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya negeri itu, Abdul Ghani berkata, pihaknya tidak mempunyai kuasa dalam hal itu dan ia terpulang kepada kepimpinan negeri terbabit.
Jelasnya, sama ada ia diadakan serentak ataupun secara berasingan sebanyak RM450 juta yang diperlukan untuk menampung kos keseluruhan pilihan raya negeri terbabit.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Tak manis datang sendiri' - Hasan cadang semua bekas PM dijemput hadiri Sambutan Hari Kebangsaan"><meta itemprop="description" content="Seorang ahli Parlimen kerajaan mencadangkan supaya Kementerian Komunikasi membuat jemputan rasmi kepada semua bekas Perdana Menteri untuk menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun akan datang.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hasan Abdul Karim berkata, tradisi sama turut dibuat di negara maju lain termasuk Amerika Syarikat (AS) sebagai tanda mengenang jasa bekas pemimpin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805836/berita/nasional/tak-manis-datang-sendiri---hasan-cadang-semua-bekas-pm-dijemput-hadiri-sambutan-hari-kebangsaan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #bekaspmdijemputhadirisambutanharikebangsaan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-23T10:36:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P191S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbz3e6m"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbz3e6m"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbz3e6m"></script>