30 asnaf terima sumbangan ARC

Iklan
Sabri (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada asnaf di Masjid Putra Al Haj, Yan hari ini.

YAN - Seramai 30 orang asnaf dipilih untuk menerima bantuan berbentuk makanan daripada ahli Alternative Riding Club (ARC) yang berlangsung di Masjid Putra Al Haj, Yan hari ini.

Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit berkata, sumbangan ini merupakan inisiatif golongan muda kepada mereka yang kurang berkemampuan.

Iklan
Iklan

Katanya, ini adalah rutin bulanan ahli ARC dalam membantu meringankan golongan asnaf.

"Kita yakin ini adalah usaha mulia yang perlu dicontohi oleh semua pihak,” katanya.

Iklan

Menurut Sabri, keprihatinan golongan muda yang merupakan ahli ARC perlu dicontohi oleh anak-anak muda yang lain.

"Program sebegini sebenarnya memberikan impak yang sangat besar dalam kehidupan masyarakat.

Iklan

"Selain daripada dapat meringankan beban golongan penerima, program sebegini mampu mengeratkan hubungan silaturahim sesama manusia,” katanya.

Sabri (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada asnaf di Masjid Putra Al Haj, Yan hari ini.

Tambahnya, beliau berharap aktiviti sebegini diteruskan pada masa akan datang.