MOSCOW - Sebuah dron telah menyerang lapangan terbang di wilayah Kursk, Rusia bersempadan Ukraine, menurut Gabenor Roman Starovoyt pada Selasa, sehari selepas Moscow menuding jari menyalahkan Kiev atas serangan sama dua kemudahan lain.
"Serangan itu mengakibatkan sebuah tangki simpanan minyak terbakar, namun tiada kematian dilaporkan," ujarnya di media sosial sambil menambah pasukan bomba berhempas-pulas mengawal kebakaran.