Dakwa dana PN dari syarikat judi, Armada gesa PM kemuka bukti

Iklan
Mohd Ashraf Mustaqim

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengemukakan bukti berhubung dakwaan dana Perikatan Nasional (PN) hasil sumbangan syarikat perjudian.

Ujar beliau, Perdana Menteri tidak sepatutnya menggunakan pentas rasmi kerajaan di Pejabat Perdana Menteri untuk mencipta naratif politik kepartian.

Iklan
Iklan

"Buat pertama kali tengok seorang Perdana Menteri 'main politik' tabur sentimen dengan langsung tak tonjolkan bukti dan guna pentas rasmi kerajaan di Pejabat Perdana Menteri yang seharusnya jadi medan bicara isu rakyat tapi dia main naratif politik kepartian.

"Lainlah perkaitannya andai merupakan cadangan dasar pendanaan parti politik. Tidak pernah lihat sidang media mana-mana Perdana Menteri sebelum ini ambil pendekatan sedemikian.

Iklan

Dalam sidang media pada Isnin, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) membayangkan sebahagian sebahagian dana pilihan raya PN datang daripada syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi.

Anwar juga mengarahkan cabutan khas perjudian diturunkan daripada 22 kepada lapan kali setahun mulai Januari tahun hadapan.

Iklan

Mengulas perkara itu, Mohd Ashraf Mustaqim berkata, beliau secara peribadi menyokong langkah itu dan menggesa kerajaan mencontohi negeri-negeri di bawah pentadbiran PN yang telah menghentikan operasi pusat perjudian.

"Syabas atas inisiatif menurunkan cabutan judi ini, namun para penyokong PH jangan menangguk di air keruh dengan perbuatan jelek sebuah kerajaan yang tanpa hitam putih membuat pertuduhan hanya semata sentimen politik," katanya.