Nik Abduh mahu kerjasama Pas-UMNO sampai kiamat
Iklan
Nik Abduh Nik Aziz
KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Abduh Nik Aziz mahu kerjasama antara Pas dan UMNO berterusan sampai 'kiamat'.
Beliau berkata, kerjasama yang terdapat ketika ini tidak seharusnya terbatas untuk berdepan pilihan raya umum (PRU) ke-15.
"Sebab itu saya kata biarlah sampai kiamat,” katanya dalam wawancara bersama The Malaysian Insight dan dipetik daripada portal Malaysiakini.
Dalam pada itu, Nik Abduh mengakui bahawa kerjasama itu pada mulanya tidak begitu mendapat sambutan daripada akar umbi Pas kerana mereka merasakan tidak memerlukan UMNO.
"Semakin positif, bahkan hubungan baik itu melebih-lebih pula dari pemimpin. Mereka gembira sebab kampung semakin besar.
"Dulu kalau kata ada 100 buah rumah tapi diasingkan, 50 rumah parti itu 50 rumah pengikut PAS, tapi sekarang tak berlaku,” katanya.
Bagaimanapun, Nik Abduh berkata, kemungkinan untuk Pas membentuk kerajaan campuran dengan UMNO masih belum dibincangkan.
"Kita belum beri penjelasan untuk itu lagi sebab situasi itu masih berlaku, jadi kita tidak boleh jawab,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>