Johor mohon tambah laluan enam lorong Yong Peng-Skudai
Iklan
MOHAMAD FAZLI
ISKANDAR PUTERI - Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) antara Yong Peng ke Skudai perlu dinaiktaraf daripada empat kepada enam lorong berikutan kesesakan yang sering dialami di laluan tersebut.
Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, pertambahan jumlah kenderaan menyebabkan kesesakan sering berlaku di laluan sepanjang 70 kilometer (km) itu.
Iklan
Iklan
"Bagi jangka masa panjang, lebih baik cadangan untuk menambah enam lorong di Lebuhraya Plus membabitkan Yong Peng-Skudai dilaksanakan.
"Kertas kerja cadangan awal kerajaan Johor yang disampaikan kepada kerajaan Persekutuan adalah pelebaran Lebuhraya PLUS membabitkan laluan Yong Peng-Senai untuk fasa pertama, laluan Senai-Skudai (fasa kedua) dan Yong Peng-Ayer Keroh (fasa tiga)," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas sesi perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Ahad.
Dalam pada itu, Mohamad Fazli berkata, perbincangan telah diadakan bersama Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Seri Hasni Mohammad berhubung penambahan daripada empat kepada enam lorong bermula dari Yong Peng sehingga ke Skudai.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>