Pertimbang semula pembinaan HSA2: Exco
Iklan
Tian Soon
ISKANDAR PUTERI - Pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA2) diharap dipertimbangkan semula di peringkat Pusat di bawah Kerajaan Perpaduan.
Exco Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, projek pembinaan HSA2 tidak disenaraikan sebagai projek pembangunan di dalam Bajet 2023 yang dibentangkan sebelum ini.
Iklan
Iklan
Menurutnya, HSA2 amat diperlukan memandangkan Johor Bahru mengalami kepadatan penduduk dan memerlukan infrastruktur perkhidmatan kesihatan baharu selain hospital sedia iaitu HSA dan Hospital Sultan Ismail (HSI).
"Kerajaan dan Bangsa Johor amat berharap supaya pembinaan HSA2 dipertimbangkan semula memandangkan HSA dan HSI sudah hampir mencapai kapasiti penggunanya malah kadar pesakit yang semakin meningkat.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas sesi soal jawab lisan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Ahad.
Pada Jun lalu, Tian Soon yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Yong Peng dilaporkan berkata, HSA2 dijangka dibina di atas tanah seluas 207.5 hektar di Kempas pada 2024 sekiranya diluluskan kerajaan dan dibentangkan dalam Bajet 2023.
Iklan
Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga sudah membayar premium tanah bagi pembinaan hospital terbabit.
Dalam pada itu, Tian Soon berkata, beberapa faktor yang dipercayai menjadi punca pembinaan HSA2 tidak dimasukkan dalam Bajet 2023 termasuk isu setinggan di tapak projek itu di Kempas.
"Setinggan di tapak HSA2 masih belum dikosongkan sepenuhnya, namun kita yakin ia dapat diatasi memandangkan premium tanah tapak berkenaan sudah dibayar KKM.
"Difahamkan juga masih terdapat lebihan tanah di sebelah tapak cadangan HSA2 itu yang boleh dilaksanakan dahulu kerja awal termasuk reka bentuk antara Jabatan Kerja Raya (JKR) dan KKM," katanya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.