Aktiviti air dilarang di Pantai Tok Bali, Bisikan Bayu
Iklan
APM Pasir Puteh menaikkan bendera merah pada Ahad bagi melarang sebarang aktiviti air dilakukan di Pantai Tok Bali dan Bisikan Bayu, Pasir Puteh.
PASIR PUTEH - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pasir Puteh menaikkan bendera merah pada Ahad bagi melarang sebarang aktiviti air dilakukan di Pantai Tok Bali dan Bisikan Bayu di sini.
Pegawai Pertahanan Awam Pasir Puteh, Kapten (PA) Nik Mohd Nor Nik Mat berkata, larangan tersebut selari dengan amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia pada Jumaat berhubung angin kencang dan laut bergelora susulan Monsun Timur Laut.
Iklan
Iklan
"Ketika ini tiupan angin mencecah kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam menyebabkan ombak setinggi 3.5 hingga 4.5 meter.
"Situasi itu boleh mendatangkan bahaya kepada aktiviti di gigi air dan kawasan pesisir pantai," katanya kepada Sinar Harian.
Iklan
Menurut beliau, selain pemasangan bendera merah, pihaknya juga turut melakukan rondaan berkala di kawasan pesisir pantai berkenaan bagi mengelakkan orang ramai melakukan aktiviti air.
Ujarnya, aktiviti mandi-manda, menangkap ikan dan sebagainya ditegah sepanjang Monsun Timur Laut.
Iklan
Nik Mohd Nor berkata, kesemua aktiviti itu boleh mendedahkan orang ramai kepada bahaya lemas.
"Sekiranya berdepan bahaya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik sebaliknya terus menghubungi pusat kawalan APM di Pantai Tok Bali atau talian kecemasan 999 untuk bantuan," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Van sekolah operasi tanpa permit, insurans serta daif kaut untung RM10,000 sebulan"><meta itemprop="description" content="Pemilik van persendirian dipercayai mengaut keuntungan sehingga RM10,000 sebulan dengan mengendalikan perkhidmatan van sekolah secara haram tanpa permit dan perlindungan insurans, selain menggunakan kenderaan yang berada dalam keadaan daif sehingga boleh membahayakan keselamatan pelajar.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, pengusaha terbabit turut didapati membawa pelajar secara berhimpit-himpit sehingga melebihi kapasiti yang dibenarkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803951/edisi/kelantan/van-sekolah-operasi-tanpa-permit-insurans-serta-daif-kaut-untung-rm10000-sebulan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #VanSekolah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T07:07:33.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P173S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvdxoq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvdxoq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvdxoq"></script>