Anwar kota janji kecilkan saiz kabinet

Iklan
Anwar bercakap pada sidang media Pengumuman Kabinet Kerajaan Perpaduan di Bangunan Perdana Putra pada Jumaat. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengotakan janjinya sebelum ini untuk mengecilkan saiz kabinet dengan hanya melantik 28 menteri dalam Kerajaan Perpaduan diterajuinya.

Semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, bilangan menteri adalah seramai 28 manakala timbalan pula adalah seramai 27 orang.

Iklan
Iklan

Sementara itu, pada era Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyandang jawatan Perdana Menteri, bilangan menteri berjumlah 32 dengan timbalannya seramai 38 sekali gus mencatatkan barisan kabinet teramai dalam sejarah negara.

Menerusi pengumuman sidang akhbar pada Jumaat, pelantikan tersebut melibatkan ahli Parlimen dari gabungan Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Iklan

Ahmad Zahid turut memegang jawatan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah manakala Fadilah diamanahkan terhadap Kementerian Perladangan dan Komoditi.

Beberapa pimpinan tertinggi dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mewakili PH termasuk Timbalan Presidennya, Rafizi Ramli dilantik sebagai Menteri Ekonomi dan Naib Presiden, Nik Nazmi Nik Ahmad diberi portfolio Menteri Sumber Asli.

Iklan

Anwar tidak mewujudkan jawatan Menteri Tugas-tugas Khas seperti sebelum ini.

Kesemua menteri berkenaan dijadualkan untuk mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada jam 3 petang, Sabtu.