Perjalanan komuter percuma buat OKU pada 3, 4 Disember ini
Iklan
KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perjalanan percuma kepada golongan orang kurang upaya (OKU) pada 3 dan 4 Disember ini, bersempena Hari OKU Sedunia yang disambut pada 3 Disember ini.
KTMB dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan perjalanan percuma itu melibatkan perkhidmatan tren KTM Komuter di sektor Lembah Klang dan Komuter Utara, serta boleh dinikmati individu OKU bersama seorang pengiringnya dengan hanya menunjukkan kad rasmi OKU yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berserta kad pengenalan di kaunter tiket KTM Komuter.