Amaran hujan berterusan di tujuh negeri

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di tujuh negeri sehingga Ahad ini.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di tujuh negeri sehingga Ahad ini.

MetMalaysia dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan hujan berterusan diramalkan berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Hulu Perak), Kelantan, Terengganu dan Pahang (Jerantut, Kuantan dan Pekan).

Iklan
Iklan

Dalam kenyataan berasingan, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora tahap kategori pertama dijangka berlaku di kawasan perairan Terengganu dan Kelantan sehingga Isnin depan.

"Bagi aktiviti perkapalan, angin kencang timur laut (kategori pertama) juga turut dijangka mencapai berkelajuan dan ketinggian ombak yang sama di kawasan perairan Samui, utara Tioman, Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan sepanjang tempoh sama,” menurut kenyataan itu.

Iklan

Menurut MetMalaysia, keadaan angin kencang dan laut bergelora ini, berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan serta pantai termasuk bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. - Bernama

Iklan