Selangor catat peningkatan mangsa banjir

Iklan
Gambar hiasan.

SHAH ALAM - Mangsa banjir kembali meningkat di dua negeri dengan 510 orang daripada 145 keluarga di lima pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 pagi pada Khamis.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menerusi info grafik dikongsi di laman Facebooknya memaklumkan, mangsa banjir di Selangor seramai 195 orang manakala Perak seramai 315 orang.

Iklan
Iklan

Tiga daerah di kedua-dua negeri itu masih terkesan dengan bencana banjir dengan tiga PPS dibuka di Selangor manakala dua PPS dibuka di Perak.

Info grafik dikongsi Nadma di laman Facebook agensi itu.

Sementara itu, dua sungai di Selangor dilaporkan melebihi paras bahaya iaitu Sungai Bernam, Hulu Selangor dan Sungai Langat, Kuala Langat.

Iklan

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir dan hujan di beberapa tempat di Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Johor hingga malam Khamis.

Iklan