Argentina, Poland mara pusingan 16 terbaik

Iklan
Alvarez melengkapkan kemenangan bergaya Argentina ke atas Poland. - Foto Agensi

ARGENTINA melangkah ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022 penuh bergaya apabila mengatasi cabaran Poland 2-0 dalam perlawanan terakhir Kumpulan C di Stadium 974, Doha.

Namun Argentina yang menguasai rentak perlawanan ternyata gagal memanfaatkan peluang mendahului setelah sepakan penalti disempurnakan Kapten, Lionel Messi pada minit ke-39' tidak diterjemahkan dalam bentuk gol.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, Argentina kembali dengan permainan lebih bertenaga apabila meledak dua gol bermula jaringan minit ke-46' pemain kelab Liga Perdana Inggeris, Brighton & Hove, Alexis Mac Allister sebelum seorang lagi bintang Liga Perdana Inggeris, Manchester City, Julian Alvarez melengkapkan kemenangan bergaya dengan gol minit ke-67'.

Sementara itu, Poland pula yang tewas turut juga mengiringi Argentina dengan status naib juara kumpulan setelah mengumpul tiga mata.

Iklan
Iklan

Mexico pula dikedudukan ketiga dengan empat mata manakala Arab Saudi keempat dengan tiga mata.