MBS keluar 387 kompaun kepada pemilik papan iklan haram

Iklan
Kok Seong (baris depan, empat dari kanan) menjawab soalan lisan pada Persidangan Keempat (Belanjawan), Penggal Kelima DUN Negeri Sembilan Ke-14 pada Rabu.

SEREMBAN - Sebanyak 387 kompaun dikenakan kepada pemilik papan iklan gergasi oleh Majlis Bandaraya Seremban (MBS) sejak tahun 2020 hingga Oktober lepas di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru Negeri Sembilan, Teo Kok Seong berkata, jumlah itu melibatkan kompaun kepada pemilik papan iklan gergasi yang tidak mempunyai lesen.

Iklan
Iklan

"Manakala bagi daerah Port Dickson, tiada tindakan kompaun dikenakan ke atas papan iklan tersebut kerana berada di luar kawasan Majlis," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi soalan lisan pada hari ketiga Persidangan Keempat (Belanjawan), Penggal Kelima DUN Negeri Sembilan Ke-14 di sini pada Rabu.

Iklan

Ia bagi menjawab soalan ADUN Temiang, Ng Chin Tsai (PH-Temiang) mengenai berapa jumlah kompaun yang telah dikeluarkan kepada pemilik-pemilik papan iklan gergasi sepanjang PLUS yang tiada lesen pihak berkuasa tempatan (PBT).

Kok Seong berkata, pihak Pejabat Tanah dan Daerah telah pun mengambil tindakan penguatkuasaan melalui notis dan operasi perobohan secara bersepadu.

Iklan

Dalam pada itu, Kok Seong yang merupakan ADUN Bahau itu menjelaskan, pihaknya juga telah mengeluarkan notis kepada pengiklan dan juga pemilik tanah bagi mengelakkan iklan gergasi dibina secara haram.

"Ia bagi mengelakkan insiden papan iklan gergasi itu tercabut akibat ribut dan tercampak di kawasan lebuh raya.

"Saya juga ingin memberi nasihat kepada mana-mana individu atau syarikat yang mahu menaikkan kain tentang agar mendapat kelulusan oleh PBT,” katanya.