Lebih 200 aduan terhadap penilai insurans kemuka tuntutan palsu
Iklan
Yusuf Azmi (tengah) pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) bersama DFZ Agency Sdn Bhd pada Selasa.
KUALA LUMPUR - Lebih 200 aduan diterima sejak beberapa tahun lalu terhadap penilai insurans atau 'adjuster', yang terlibat dalam tuntutan insurans terutamanya melibatkan kemalangan yang dipercayai mengemukakan tuntutan palsu atau 'overclaim' melebihi harga sebenar.
Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia (Semboyan Malaysia), Yusuf Azmi berkata, ini menyebabkan ramai mangsa berasa tertipu dan teraniaya, dengan hasil tuntutan yang diberikan oleh penilai.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, walaupun bukan semua 'adjuster' bertindak sedemikian, tetapi ada yang membuat pengiraan tidak telus terhadap kenderaan yang terlibat kemalangan jalan raya, sehingga menyebabkan tuntutan yang dibuat melebihi daripada sepatutnya.
"Melalui cara menaikkan tuntutan dengan melakukan penipuan atau tuntutan palsu, pembayaran balik kerugian menjadi berlipat kali ganda yang perlu dibayar syarikat insurans. Contohnya, harga tuntutan sebenar bagi kos membaiki sesebuah kenderaan selepas kemalangan adalah RM5,000, namun tuntutan dibuat penilai insurans adalah RM10,000, ini adalah tidak wajar.
Iklan
"Pengguna juga tidak dimaklumkan atau tidak diberikan laporan penuh daripada pihak insurans bagi melihat butiran lanjut dan ia merupakan satu penganiayaan kepada mangsa kemalangan,” katanya pada Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) bersama DFZ Agency Sdn Bhd di sini pada Selasa.
MoC berkenaan bertujuan mengetengahkan DFZ Agency Sdn Bhd bagi membantu pengguna dan memberikan perkhidmatan penilaian insurans kepada mereka yang dianiaya, akibat dimanipulasi penilai insurans.
Iklan
Yusof berkata, syarikat itu boleh berunding dengan penilai sedia ada bagi memastikan ketelusan tuntutan insurans kenderaan yang terbabit kemalangan. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>