'Tak penting siapa jaring gol'

Iklan
Fernandes (kanan) meraikan jaringan ketika berdepan Uruguay di Stadium Lusail. - Foto EPA

DUA gol Bruno Fernandes memastikan Portugal layak ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2022 selepas kemenangan 2-0 ke atas Uruguay dalam aksi kedua Kumpulan H di Stadium Lusail, awal pagi Selasa.

Gol pertama Fernandes menjadi perdebatan ramai pihak apabila jaringan pada minit ke-55 itu terhasil ketika dia cuba untuk melakukan hantaran lintang kepada Cristiano Ronaldo, namun bola terus masuk ke dalam jaring.

Iklan
Iklan

Fernandes kemudiannya menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan untuk memastikan Portugal berjaya menempah tempat ke pusingan kalah mati bagi mengiringi Perancis dan Brazil.

"Saya meraikannya kerana menyangka ia jaringan Cristiano. Daripada pandangan saya, dia telah menyentuh bola, matlamat saya adalah untuk melakukan hantaran kepadanya.

Iklan

"Keutamaan pasukan sekarang adalah muncul pasukan pertama melepasi peringkat kumpulan termasuk memenangi perlawanan seterusnya dengan rekod tanpa kalah,” katanya.

Dalam pada itu, Fernandes memberi amaran bahawa Portugal perlu berada pada tahap terbaik mereka pada aksi terakhir Kumpulan H menentang Korea Selatan bagi menjamin kedudukan teratas kumpulan.

Iklan

"Kami tahu kami akan berdepan pasukan yang sangat tersusun dengan kemahiran yang tinggi seperti yang kami lihat dalam perlawanan terakhir mereka.

"Kami bermain pada masa yang berbeza dan itu membolehkan kami menonton perlawanan Korea Selatan. Objektif kami adalah untuk memenangi setiap perlawanan,” ujarnya.