DUN Kelantan: RM12.9 juta baiki, naik taraf jalan

Iklan
Persidangan DUN (Belanjawan) ke-3 Penggal Kelima di Kota Darul Naim, Kota Bharu pada Selasa. Foto SINAR HARIAN

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menyalurkan peruntukan berjumlah RM12.9 juta bagi kerja-kerja membaiki dan menaik taraf jalan seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) bermula Januari sehingga Oktober tahun ini.

Exco Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Kelantan, Datuk Azami Mohd Nor, berkata, peruntukan itu diberikan kepada semua PBT di negeri ini.

Iklan
Iklan

"Peruntukan tersebut termasuk di bawah Peruntukan Pembangunan Kerajaan negeri Kelantan 2022 dan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan negeri (KAPJN) itu.

"RM3.8 juta daripada Peruntukan Pembangunan Kerajaan negeri Kelantan 2022 dan RM9.1 juta peruntukan bawah KAPJN,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) (Belanjawan) ke-3 Penggal Kelima di Kota Darul Naim di sini pada Selasa.

AZAMI

Iklan

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadok (Pas) itu berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan daripada ADUN Tanjong Mas, Rohani Ibrahim (Pas).

Azami berkata, antara faktor kerosakan jalan di jalan-jalan seliaan PBT yang dikenal pasti ialah akibat kerja-kerja pembangunan yang melibatkan jentera berat secara sistem longkang yang tidak efisen.

Iklan

"Justeru itu, semua PBT diarahkan untuk memastikan kawalan terhadap kerja-kerja pembangunan dari semasa ke semasa.

"Bagi menaik taraf sistem longkang, kerajaan negeri juga menyalurkan peruntukan berjumlah RM2.9 juta kepada semua PBT,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan ADUN Paloh (BN), Amran Arifin berkaitan mekanisme diambil kerajaan negeri bagi mengatasi kerosakan jalan akibat kenderaan berat membawa muatan bijih misalnya di Aring 5, Gua Musang, kata Azami perkara itu memerlukan penelitian.

"Kita perlu mengenal pasti jalan itu, jika jalan negeri atau Persekutuan perlu salurkan aduan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk diambil tindakan segera,” katanya.