PRU15: Keputusan Wan Rosdy tak lemahkan Pas Pahang

Iklan
Gambar kecil: Rosli

KUANTAN - Pas Pahang menyifatkan keputusan Pengerusi BN, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail membentuk kerajaan negeri menerusi gabungan politik bersama Pakatan Harapan tidak sedikit pun melemahkan parti itu.

Pesuruhjaya Pas negeri, Rosli Abdul Jabar menegaskan Pas akan melipat gandakan usaha bagi menawan Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Iklan
Iklan

Pahang mempunyai 42 kerusi DUN daripada jumlah itu PN beroleh 17 kerusi, BN pula sebanyak 16 dan PH hanya lapan kerusi.

Keputusan itu menyebabkan kerajaan Pahang masih belum terbentuk setelah tiada parti memperoleh majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Iklan

Susulan itu terdapat siri perbincangan antara Perikatan Nasional (PN) dan BN, selain BN dan PH untuk menubuhkan kerajaan negeri campuran.

Pada 24 November lalu, PH menyatakan sokongan kepada Wan Rosdy sebagai Menteri Besar Pahang, yang dikatakan menandakan persetujuan dua gabungan itu untuk membentuk kerajaan perpaduan negeri bersama.

Iklan

Pada Ahad, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Wan Rosdy sebagai Menteri Besar.

Pemangku Raja Pahang turut berkenan pembentukan kerajaan negeri daripada BN dan PH.

Upacara istiadat mengangkat sumpah Wan Rosdy di Istana Abu Bakar pada jam 11 pagi.