Costa Rica bangkit tewaskan Jepun

Iklan
Keysher Fuller menjaringkan gol untuk pasukannya pada perlawanan Kumpulan E Piala Dunia Qatar 2022 antara Jepun dan Costa Rica di Stadium Ahmad Bin Ali. - Foto AFP

COSTA Rica bangkit daripada kekalahan memalukan ketika bertemu Sepanyol dengan mengatasi Jepun 1-0 dalam perlawanan peringkat Kumpulan E Piala Dunia FIFA 2022 di Stadium Ahmad Bin Ali pada Ahad, lapor Xinhua.

Pemain bek kanan, Keysher Fuller menjaringkan gol kemenangan untuk pasukan Caribbean itu pada minit ke-81.

Iklan
Iklan

Keputusan itu menjadikan situasi dalam kumpulan itu lebih rumit memandangkan Costa Rica dan Jepun memperoleh satu kemenangan daripada dua perlawanan dan berkongsi tiga mata.

Sepanyol kini menduduki tangga teratas kumpulan dengan perbezaan gol hasil kemenangan menakjubkan 7-0 ke atas Costa Rica pada Rabu.

Iklan
Iklan

Jerman yang tewas mengejut 1-2 kepada Jepun pada perlawanan pertama akan menentang Sepanyol lewat hari ini. - Bernama