Bayi perempuan di Mexico lahir dengan ekor

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

MEXICO CITY - Doktor di Mexico menerima kejutan apabila seorang bayi perempuan dilahirkan menerusi pembedahan caesarean mempunyai ekor sepanjang 12.7 sentimer (cm) dan dianggap keadaan jarang berlaku di seluruh dunia, lapor portal Mirror.

Bagaimanapun, pasukan perubatan profesional berjaya 'memotong' ekor dari bayi baru dilahirkan di sebuah hospital di timur laut Mexico.

Iklan
Iklan

Menurut entri kajian kes dalam Journal of Pediatric Surgery, bayi itu tidak mempunyai rekod sejarah pendedahan kepada sinar radiasi atau jangkitan semasa ibunya mengandung, selain dilahirkan dalam keadaan ibu dan bapa sihat ketika mereka berumur 20-an.

Doktor menyatakan bahawa struktur seperti ekor yang ditutup dengan bulu dan kulit apabila dipicit menyebabkan bayi tersebut menangis.

Iklan

Kemudian mereka melakukan imbasan sinar-X Lumbosacral bagi membantu doktor melihat anatomi punggung bawah, namun mereka tidak menjumpai bukti anomali dan tulang dalam ekor tersebut.

Pasukan perubatan membuat beberapa ujian dan mendapati ekor itu tidak membawa sebarang masalah kepada bayi tersebut, namun keputusan telah dibuat dengan memotong ekor tersebut.

Iklan

Bayi tersebut dibenarkan keluar dari hospital dan dia tidak menunjukkan sebarang kompilkasi sejak itu.

Menurut jurnal tersebut, ketumbuhan ekor pada manusia jarang berlaku.

Dalam semakan terbaharu oleh Tojima dan Yamada pada 2020 menyatakan terdapat 195 kes manusia mempunyai ekor dikesan sehingga 2017. - Agensi