Kerajaan Perpaduan: Sanggupkah mereka berkongsi kuasa?
Iklan
Kartini Aboo (kanan) dalam Program Sinar Live bertajuk 'Akhirnya Anwar PM Kerajaan Perpaduan' yang disiarkan di platform digital Sinar Harian pada Khamis.
SHAH ALAM - Penganalisis Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Kartini Aboo Talib @ Khalid berkata, kesanggupan ahli-ahli politik untuk berkongsi kuasa menjadi persoalan dalam penubuhan Kerajaan Perpaduan ketika ini.
Menurutnya, ini kerana kaedah perkongsian kuasa antara yang perlu difikirkan sekiranya lantikan kabinet bagi Kerajaan Perpaduan tanpa pembangkang.
Iklan
Iklan
"Mungkin boleh memikirkan bagaimana (menggunakan) sistem kuota, sistem yang ada elemen 'segmental autonomy' sesuai dengan kemahiran dan pengalaman menerusi kaedah 'consociational politics' (kesepakatan politik).
"Persoalannya sudikah mereka berkongsi kuasa? ramai yang mengandaikan ramai ahli politik adalah rasional terutamanya sekali dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan.
Iklan
"Tapi kesenjangan ideologi, pendekatan dan strategi sangat bergantung kepada bagaimana ahli kabinet dan menteri-menteri ini boleh duduk semeja dan bekerjasama," katanya ketika menjadi panelis Program Sinar Live bertajuk 'Akhirnya Anwar PM Kerajaan Perpaduan' yang disiarkan di platform digital Sinar Harian pada Khamis.
Program yang dikendalikan oleh Fahiz Ariff itu turut menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju), Dr Mohd Muzzammil Ismail; Pengurus Kanan (Penyelidikan) Institut Darul Ehsan, Khairul Ariffin Mohd Munir; dan Mantan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh sebagai panelis.
Iklan
Mengulas lanjut, Kartini berkata, kebanyakan pemimpin utama parti ketika ini adalah lahir dari 'sekolah UMNO' membuatkan ramai yang mengandaikan tiada masalah untuk mereka bekerjasama.
"Dalam politik, tiada musuh yang kekal. Jika mengambil semangat positif mengandaikan mereka boleh bekerjasama, agihan kabinet paling sesuai adalah pengagihan kuota mengikut kepada kemahiran dan pengalaman yang kita dapat lihat pada dalam kesemua tokoh Kerajaan Perpaduan," ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>