Remaja lelaki diberkas kes cabul dalam lif

Iklan
Lelaki yang dipercayai mencabul kanak-kanak perempuan ketika berada di dalam lif sebuah kediaman di Putrajaya pada Rabu diberkas polis. (Gambar kecil: A Asmadi)

PUTRAJAYA - Seorang kanak-kanak perempuan berdepan detik hitam selepas dipercayai menjadi mangsa cabul ketika berada di dalam lif di sebuah kediaman dekat sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, kejadian itu diceritakan mangsa berusia 12 tahun kepada ibunya pada jam 8.20 pagi.

Iklan
Iklan

"Suspek kemudian dikatakan terus lari di tingkat empat blok kediaman itu dan turun ke tingkat G sebelum menghilangkan diri dengan menaiki kereta," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, satu laporan dibuat ibu mangsa di Balai Polis Presint 7 Putrajaya, pada Khamis.

Iklan

Katanya, siasatan awal mendapati suspek berusia 19 tahun itu dikatakan pernah menjadi anak murid kepada ibu mangsa di sebuah sekolah di Putrajaya.

"Bertindak hasil maklumat, remaja lelaki terbabit berjaya diberkas di Pasar Kajang pada petang Khamis.

Iklan

"Reman akan dipohon esok untuk siasatan kes di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan," jelasnya.