PN Perak tidak bercadang rangka bajet alternatif
Iklan
TAIPING - Perikatan Nasional (PN) Perak tidak bercadang merangka bajet alternatif di negeri ini.
Timbalan Pengerusi PN 1 Perak, Razman Zakaria berkata, pihaknya menunggu pembentangan bajet yang akan dibuat kerajaan perpaduan Perak.
"Kita akan tengok dan kita akan teliti bajet yang akan dibentangkan kerajaan negeri nanti supaya ia benar-benar berfaedah kepada pembangunan dan kepentingan rakyat.