Nurul Izzah ingatkan Anwar cabaran bakal dipikul
Iklan
Nurul Izzah
SHAH ALAM - Sejurus selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai Perdana Menteri ke-10, anaknya Nurul Izzah mengingatkan bapanya terhadap cabaran bakal dipikul dengan jawatan tersebut.
Beliau yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, dugaan bukan sahaja hadir ketika berhadapan dengan kekalahan tetapi juga semasa memperoleh kemenangan.
Iklan
Iklan
"Cabaran tetap menanti dan selepas upacara angkat sumpah iaitu usaha menyatupadukan teman-teman senegara, meneliti masalah ekonomi yang membelenggu, menarik pelaburan menerusi rangsangan ekonomi dan bakat tempatan, dan membina ummah serta bangsa yang berteraskan keadilan sosial dan kenegaraan yang jitu.
"I love you, Papa Am always proud of you - even as you lay imprisoned as a prisoner of conscience. (Saya sayang papa, sentiasa bangga dengan papa - walaupun papa terpenjara disebabkan prinsip),” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Khamis.
Iklan
Dalam pada itu, Nurul Izzah menambah, legasi bakal ditinggalkan oleh sesebuah pentadbiran untuk generasi masa depan bukannya harta, pangkat mahupun wang ringgit tetapi idealisme dan prinsip perjuangan yang tidak boleh dijual beli.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Khamis berkenan untuk melantik Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) sebagai Perdana Menteri ke-10.
Iklan
Beliau dijadualkan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada jam 5 petang ini di lstana Negara.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>