PN setuju pertimbang kerajaan perpaduan
Iklan
SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di peringkat Persekutuan bersama parti dengan haluan yang sama.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi yang diadakan pada Khamis.
Iklan
Iklan
"Selaras dengan itu, mesyuarat bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang melibatkan perbincangan dengan parti-parti yang sehaluan demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Pada Selasa, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi pendirian gabungan itu yang menolak untuk membentuk kerajaan perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH) meskipun selepas permintaan itu dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Iklan
Setakat Khamis, antara parti yang memberikan respons positif terhadap idea pembentukan kerajaan perpaduan ialah Pakatan Harapan (PH), UMNO, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>