[LANGSUNG] Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu

Iklan

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu diadakan pada 10.30 pagi ini di Istana Negara sebagai usaha Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merungkai kemelut pembentukan kerajaan.

KUALA LUMPUR - Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu diadakan pada 10.30 pagi ini di Istana Negara sebagai usaha Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merungkai kemelut pembentukan kerajaan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadli Shamsuddin, berkata perbincangan khas itu bertujuan membolehkan Al-Sultan Abdullah mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu dalam membuat keputusan mengenai pelantikan Perdana Menteri ke-10.