Lelaki ditahan disyaki rogol kanak-kanak

Iklan
Gambar hiasan

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan kerana disyaki merogol kanak-kanak berusia 12 tahun dalam kejadian pada 17 November lalu.

Suspek ditahan pada Isnin, kira-kira jam 7 malam selepas polis menerima laporan jam 6.40 pagi.

Iklan
Iklan

Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Mohd Zahir Abdullah berkata, kejadian berlaku selepas suspek yang juga teman lelaki mangsa mengambilnya di rumah kira-kira jam 12.30 tengah malam sebelum membawanya ke sebuah kediaman di Labok.

"Siasatan awal mendapati suspek pernah menerima hukuman di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii," katanya.

Iklan
Iklan

"Polis kini masih menjalankan siasatan menyeluruh terhadap suspek dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.