GRS tolak tuduhan isytihar perang terhadap BN

Iklan
GRS menolak sekeras-kerasnya dakwaan bahawa gabungan itu mengisytiharkan perang terhadap Barisan Nasional (BN). Hajiji (gambar kiri).

KOTA KINABALU - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menolak sekeras-kerasnya dakwaan bahawa gabungan itu mengisytiharkan perang terhadap Barisan Nasional (BN).

Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, GRS tidak pernah mengisytiharkan perang terhadap BN Sabah seperti yang didakwa oleh pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, pada Isnin.

Iklan
Iklan

"Kita tidak ada apa-apa alasan atau perlunya isytihar perang terhadap BN.

Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, janji sebelum pilihan raya antara GRS dan BN adalah untuk GRS memberi sokongan terhadap UMNO/BN seandainya parti tersebut layak menjadi Perdana Menteri dan membentuk kerajaan.

Iklan

"Bagaimanapun, apabila BN kalah dan UMNO tidak layak menjadi Perdana Menteri, maka perjanjian itu tidak sah dengan sendirinya.

"Perlu ditegaskan juga bahawa tiada janji sebelum pilihan raya dengan orang (pihak) lain termasuk dengan Pakatan Harapan (PH)," katanya.

Iklan

Hajiji juga menafikan dakwaan bahawa beliau bersama Ahli Parlimen Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Bebas telah menemui Tan Sri Muhyiddin Yassin di kediaman pemimpin berkenaan di Kuala Lumpur.

"Mereka berjumpa dengan Tan Sri (Muhyiddin) atas kerelaan mereka sendiri dan saya tidak terlibat langsung pada perjumpaan tersebut.

"Saya berharap UMNO/BN akan terus bekerjasama dalam mentadbir negeri ini selaras dengan mandat yang diberikan rakyat kepada kerajaan GRS-BN pada Pilihan Raya Negeri ke-16 (PRN16) yang lalu," katanya.